Tuesday, 18 March 2014

Hello World!!! - Sharing Technology With YOU............

Pada tahun 1970-an, nenek moyang computer mempunyai saiz sebesar sebuah bilik. Dengan saiz sebesar ini pada zahirnya kita boleh lah menganggap bahawa ia boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah computer atau matematik yang rumit. Namun begitu, hakikatnya computer yang bersaiz ini hanya berkemampuan untuk menyelesaikan masalah logic yang mudah. Pada waktu itu ia hanya berfungsi secara sendiri tanpa boleh dihubungkan dengan aplikasi yang lain. Pada hari ini, computer menjadi sebahagian daripada hidup kita sehingga kan kita tidak menyedari bahawa hidup kita sebenarnya dipengaruhi oleh computer secara tidak langsung. Komputer dicipta menjadi sgt kecil sehingga boleh digabungkan dengan rangkaian system lain dan mereka boleh berhubung antara satu sama lain. Ini lah yang menjadikan embedded system sebagai salah satu medium penting dlm kebanyakan alat – alat elektronik kita. Sistem komputer seperti yang tertanam dalam sistem teknikal yang lain dan berperanan untuk memantau dan mengawal ini system itu dipanggil “Embedded System ". Istilah ini merangkumi keseluruhan papan kawalan , pemproses , dan perisian bersepadu, direka bentuk  untuk membantu manusia dlm kehiduapan seharian. Hari ini embedded system boleh didapati di mana - mana: dalam jentera , dalam kereta, di rumah, di telefon bimbit, di seluruh hidup kita kita dikelilingi oleh mereka. Di Dalam kereta moden, embedded system  digunakan untuk kawalan beg udara , enjin dan kawalan brek , atau Penyaman udara.

Dalam era ledakan maklumat ini, teknologi kejuruteraan amat penting. Teknologi kejuruteraan sudah menguasai global ini dengan berleluasa. Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.  Negara yang tidak mengutamakan teknologi kejuruteraan akan ketinggalan dalam arus pembangunan atau umpama katak di bawah tempurung. Kemajuan teknologi kejurteraan ini telah mendatangkan banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment