Jika anda ingin buat bisnes, sila jangan jadi orang
bisnes yang sampah.
Apa kah ciri-ciri orang bisnes sampah?
Antara ciri-ciri orang bisnes sampah: mat exaggerate, mat
amik percent, “saya pegang semua sekolah kat msia”, “saya punya network satu
malaysia”, “saya dah pengalaman buat benda ni bertahun2″ (tapi tak kaya
pon), “saya boleh bawak jumpa Menteri / Pengarah XYZ” (ini exaggeration yang
sori lah aku tak tahan nak dengar dah selepas kali ke-1000), geng2
runner (tak buat kerja tapi “tolong” bawak jumpa “orang”), jenis buat bisnes
style on-the-go — takde ofis, paperwork, etc, semua main mulut je, suka
buat benda ad hoc, perasan diri berpengalaman (padahal pengalaman nya dalam skop
yang sikit dan terhad), tak simpan akaun, takde bisnes kad, takde permanent
staf (yang ada gaji tetap dan KWSP), kaki masuk tender, selalu nya berpelajaran
rendah, omong2 macam bisnes juta2 tapi buat sales RM 500 pon excited, takde
proper company profile, suka pindah2 kompeni, takde ofis, register enterprise
banyak2, suka rekrut budak2 muda yg naive, kononnya nak ajar jadi protege dia
lah (kekekeke), suka buat kerja tak habis, buat kerja tak proper, cincai
boncai, tak proper, suka lepak kedai kopi borak pasal “bisnes”, macam2 cerita
dongeng diperkhabarkan kepada umum, semuanya exaggeration — “saya dulu buat
bisnes dengan pejabat menteri besar” (padahal sebenarnya dia penah supply klip
kertas dekat pejabat syarikat yg merupakan anak syarikat kepada kerajaan negeri),
cakap macam salesman (ini aku cukup pantang, sapa nak discuss bisnes dengan aku
tapi bercakap macam salesman dan anggap aku ni customer, siap la lepas ko balik
nahas ko aku maki ko kat belakang), suka perasan dirinya bigshot, suka jadi
middle man, ada 1-2 kawan di negeri lain tapi claim dia ada “network satu
malaysia”, usually buat bisnes kecil2an tapi takde kedai pon, selalu jadi
leech/pacat — pegi jumpa orang yg ada produk bagus lepas tu offer nak buat
“jayvee”…boleh blah la wei, setakat bagi idea pastu mintak percent, dan
pelbagai lagi ciri-ciri kesampahan dalam bisnes.
Kalau anda buat bisnes 1 tahun pun cukup la, pelbagai jenis
sampah anda dapat lihat.
Orang bisnes sampah ni, kalau buat bisnes 15 tahun pun,
lepas 15 tahun masih sampah lagi. Mereka takkan kaya-kaya kerana fundamental
bisnes tidak wujud. Bisnes mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Sepatutnya kalau bisnes dah 15 tahun, kompeni sudah berkembang biak dan
sudah buat transaction juta-juta.
Susah sebenarnya cari orang yang tak sampah ni, dalam
bisnes. Kebanyakan “usahawan” di luar sana adalah sampah. Anda mungkin tak suka
dengar ini atau anggap saya ni negatif, tetapi itu lah hakikatnya.
Alhamdulillah saya dikerumuni oleh rakan2 bisnes yang tidak sampah — Director2
Aidan (Iznan, Alif, Akmal, Khairul), Samrizat, Jalil, Luqman, etc. Mereka ini
semua anti-sampah macam saya juga.
Di dalam perjalanan bisnes kami, memang banyak cerita sampah
yang kami lalui dan kami sering berkongsi bersama-sama. Kami agak pantang bila
mendengar sahabat2 bisnes kami didekati sampah. Mesti timbul sesi mengumpat mat
sampah tersebut. Begitulah meluatnya kami kepada orang bisnes sampah.
Dulu di dalam Aidan Group ada seorang yang sampah. Ada
seorang Director Aidan yang beriya-iya nak mengekalkan mat sampah ini di dalam
Aidan Group, walaupun orang lain dah naik meluat terutama aku yang awal-awal
lagi sudah nampak kesampahannya. Mujurlah Allah tunjukkan kepada Director
tersebut perihal kesampahan mat sampah tersebut, dan Director itu sendiri yang
memecat sampah itu. Kalau ikutkan hati, nak je aku cakap, “SEE I TOLD YOU
SO”…tapi member punya pasal, jaga hati eheheh.
Adakah anda sedang berurusan dengan Orang Bisnes yang
Sampah?
Bagaimana mengesan orang bisnes yang sampah:
1. Tiada pengenalan syarikat yang proper — profil syarikat,
business card, stationery (receipt, invoice, letterhead), dokumen syarikat,
logo, etc.
2. Tiada dokumentasi — semua benda main cakap mulut. tiada
black and white
3. Suka exaggerate sehinggakan hampir setiap ayat nak
menunjukkan dia terer, berpengalaman dan well-connected — of course, nak jadi
bisnesman kena ada “gift of the gab” atau kebolehan bercakap, tapi jangan lah
sampai terlalu melampau. Dulu aku penah lepak dengan mamat ni, punya lah tak
tahan perut aku dengar dia exaggerate sampai dia cakap kalau dia call Tan Sri
Muhyiddin pukul 2 pagi nak jumpa, Tan Sri akan bangun dan layan dia (mamat ni
bukan bigshot pon, dia peniaga sederhana yang biasa je). aku pon tanya la, eh
mana abang kenal tan sri? dia kata, dulu tahun 80an, tan sri pernah duduk satu
bilik dengan dia seminggu kat US. HOHHHH???? habis tu ko ingat TIMBALAN PERDANA
MENTERI MALAYSIA akan layan ko jam 2 pagi sebab ko penah jadi roommate dia 30
tahun yang lepas???? dumbass. Ini adalah contoh sampah yang agung. gile lah mamat
ni delusional.
4. Tidak berminat dengan perkara2 “proper” dalam building a
business — branding, hiring and training pekerja2 tetap (gaji tetap dan KWSP),
ofis yang proper, dokumentasi yang lengkap. lebih suka membuat bisnes cara
macho iaitu melalui borak2 kedai kopi
5. suka menggunakan sentimen Melayu dan Islam — contoh
dialog typical: “abang ni memang nak tolong ni dik, kalau orang macam abang ni
tak tolong, siapa lagi nak tolong bangsa kita dik” (macam lah aku perlu sangat
‘kepakaran’ dia jadi middlemen dan amik percentage yang tak deserve pon). “saya
buat ni ikhlas demi memajukan umat” kalau betul2 nak majukan umat, RUN A PROPER
BUSINESS, and expand your business properly, jangan buat caca marba dan sampah.
yg peliknya, orang yang buat business proper ni takde pulak banyak cerita pasal
melayu dan islam. they concentrate on developing good products, cutting costs
(in a proper way) and cultivating good relationship with customers, i.e.
growing their businesses organically
6. suka menekan harga. bagi mereka, HARGA adalah
segala-galanya. biarlah aku jual screwdriver RM500 pun, aku ‘usahawan’ hebat
hahaha…bukan pikir mengenai pelanggan, mengenai kos, mengenai reputasi dan
mengenai good practices. yg dipikir duit semata2 (sebab tu lah tak kaya2 walau
15 tahun ber”bisnes”)
7. tidak jujur
8. mempunyai muka yang kotor (ini adalah subjektif, tetapi
anda akan dapat tau jika anda melihatnya)
9. terlalu obses dengan direct nego / kontrak kerajaan,
sehinggakan dari awal sampai akhir duk cerita pasal “lubang”, “network”, “kontrek”,
bukannya berfikir bagaimana untuk compete di pasaran terbuka dengan menyediakan
produk terbaik dengan harga terendah.
Kesimpulannya, elakkan membuat bisnes sampah.
PS: Di sini ingin saya jelaskan bahawa orang bisnes sampah
yang saya maksudkan bukanlah orang-orang yang buat MLM, skim cepat kaya, skim
piramid, perniagaan internet, geng2 perigi duit, geng2 cari downline dan
sebagainya. Orang-orang yang saya maksudkan sebagai orang bisnes sampah ialah
orang yang buat bisnes sebenar tapi bisnesnya sampah.
Geng-geng yang disebutkan di atas (MLM, skim cepat kaya,
skim piramid, perniagaan internet, geng2 perigi duit, geng2 cari downline dsb.)
tidaklah termasuk kategori orang bisnes sampah, bahkan mereka termasuk dalam
kategori yang lebih hina iaitu sampah sarap.
No comments:
Post a Comment